Friday, May 25, 2012

Syakir Zarfan - 7 bulan

Diam tak diam Baby Z dah masuk 7 bulan 1 minggu. Sekejap je rasa. Rasa mcm baru semalam je aku habis pantang.. eh..? pantang sangat x best. (selingan sikit.)


1. budak bam bam ni duduk dalam perut genap 40 minggu. awal sehari dari EDD. Sbb nya EDD hari ahad. kalau doc nk induce ahad, segala2 nya berlaku pada hari ahad, jenuh aku membayar bill spital.

2. lahir 15 October 2011. kalau aku tau la, aku nk beranak czer, akan ku pilih 9 oct.. baru no cantik. 09-10-11.. curlaasss kan.. tp alhamdulillah, janji semua selamat.

tgk pipi labuh budak itu.
rambut pun lebat, tp skang, rambut malu2 nk tumbuh.


3. masa mula2 balik rmh, baik je baby Z ni.. tido je.. bunyi bising, xde hal.. lena tido... rupa2nya bukan la dier baik tido, tp sbb kena kuning, maka babyZ adalah pasif.. dok tido je. cesss.. itu pun tau dier kena kuning, nurse yg datang buat lawatan bagi tau.. hampeh giler mak si Syakir ni. Anak kena kuning pun x perasan. sikit sangat kot kuning nya.

4. lepas 2 minggu mcm tu, rambut kena cukur. we ols, xde la cukur semua rambut dalam sehari. makan 3 hari gak la.. budak x mahu duduk diam.

5. 2minggu terakhir pantang mommy dier kena jaga syakir sorang2.. mencabar ok.. tidur nya 20 minit, mendodoi nk tidurkan dia, makan masa 1 jam lebih.. buli mommy budak ni.. pastu keje nya asyik la nk mengempeng.. last2 aku decide bagi soother je. x larat ok, mengempeng lelama, mana aku risau tempat jahit lagi, nk pangku dier lagi.

masa ni, mommy Z menghitung masa je. cepat la pukul 5.30 ptg.. cepat la pukul 5.30 ptg, sbb tunggu nenek baby Z utk take over jaga budak kecik nih. serious penat. dari bagi mandi, minum susu, tukar dyper, layan dier nangis buat sendiri. kan best kalau ada mak bleh jaga dari mula pantang, sampai habis.. :(

6. his first word was 'Ba'. tp xde nya dier cakap 'BA'. selalu nya.. "bababababababababababa", panjang ok.... excited terlebih.


mcm gelap plak anak aku.. ngikut mak dier la tu.. huhuhu

7. 3 bulan dah pandai gelak2 dah.. mommy suka! gelak sampai ngekek-ngekek plak tu. seronok melayan.

8. 3 bulan berakhir, habis cuti bersalin, baby Z dah kena hantar rmh org. rmh baby sitter tingkat 4 plak tu. xde lift. silalah nak tangga. sedih la sepuluh sen kena tinggal anak kt rmh org. tp nk buat mcm mana, kena la harung gak. tp baby Z ok je duduk sana, mommy je yg x ok.

9. Baby Z minum both breast milk n formula. kuat minum ok budak nih. setiap 2 jam 4 oz (since 2 months old)... lucky me, dier ok je ngn FM n BM. pastu, botol pun ok je.. direct feed pun mahu, bottle feed pun mahu.. good boy. selesai satu masalah di situ.




10. bila makin besar, makin banyak akal nya. bila panggil nama, dier toleh. bijak. bagus. hari dier malas, org panggil buat dekk je.. gigit kang..


tgk tu, x bleh duduk diam, asyik nk main je

11. sekarang dah bleh meniarap, mengesot ke depan dan boleh duduk! sekarang adalah waktu yg paling sukar. pantang lepa sikit. entah ke mana2 je dier pergi. so dah x bleh tido atas katil dah.. takut jatuh. smlm baby Z duduk ngn daddy Z sbb BS amik cuti. daddy Z pergi daput kejap je, basuh botol, balik semula kt hall, budak ni dah bawah meja dah.. adooiii..

12. kelebihan baby Z, mudah senyum.. nangis mcm mana kuat sekali pun, bila agah sengeh. rasa mcm nk gigit je, sbb geram.

13. alhamdulillah, setiap kali pergi amik jab, xde demam. syukur sangat. masuk 7 bulan, kena demam 4 hari. nasib baik nenek nya tgh cuti, bleh tolong jagakan.


budak cendawan semasa demam. ni mcm dah ok sikit..

14. oh ya, baby Z dah ada gigi. 2 batang. amik ko.. lambat tumbuh gigi, tp skali tumbuh naik dua. to-date, gigi nya dah panjang dah. selalu sakat baby Z, "gigi awak dah panjang.. gigi lagi panjang pada rambut.. hehehhe" Baby Z senyum je. bukan dier paham pun..

15. bila gigi dah tumbuh, mula rasa seram sejuk bila nk bf.. ngilu ok kena gigit. bila kita marah, dier sengih. alahai anak.. mommy bukan main2 ok.. ini betul2..


ni baby Z tooth chart. sila bukak mulut mcm badak air nih

Thursday, May 24, 2012

How would u dance in the Club. I'll be the beyocet of cz..

hahah.. not much update recently, accept baby Z is getting smarter.. yeaayy.. and he has 2 teeth !!!! and he bites.. ouccchhhh *tears*

anyhow, would like to show u guys two videos where i find it damn hilarious.. ketawa samapai keluar air mata ok..

so how would u dance in the club. i've never been to any club. *very the virgin Mary kan*
but i love to dance. and, i secretly dance my heart out in my own room and sometimes in the shower. ok that explain why i spend hours in the shower. sorry mom..

so how do u categorizes ur moves.. the ayam, the cucuk-bintang, bla bla.. me?? i'm the clutch shower.. clutch gucci ok.. eh tak.. mak beyonce ok..

this guy is funny. tp i lebih suka matlutfie.. eh tetiba..




Tuesday, May 15, 2012

Perkahwinan satu perjudian...

Perkahwinan itu satu perjudian. Marriage is like gambling. we wouldn't know what's the next card on the deck. it could be spade, or heart, or ace or diamond. siapa boleh jamin hidup perkahwinannya cerah sampai ke petang. aku yg tok laki baik ni  (harus puji hubby sendiri kan.. kah.. geli la plak sebut hubby) pun aku x tau la sama ada akan kekal ke akhir nya ke tidak.

oleh yg demikian (cewah, siap guna penandawacana tu), aku cuba sehabis baik utk tidak bercakap pasal perkahwinan org (kekadang terlepas.. mak bukan maksum noks).. tp aku xde la publicly p kutuk or make a comment in my blog. bukan apa nyah, kang dok kata org, esok lusa kena batang hidung sendiri, baru tau. aku percaya akan pembalasan Allah. sorry i don't believe in karma. siapa percaya karma, dier Hindu. betul la kan. dalam kepercayaan agama Hindu, mereka percaya karma..

berbalik cite pasal kawim mawin ni. setiap rumah tangga ada cerita nya sendiri dah xde siapa pun bleh kata, ko salah, aku betul. betul la, sebelum kawin semua nya indah kan.. berjanji sehidup semati. kau utk ku dan aku utk kamu. tp ada je yg sebelum kawin, aku utk mu dan kengkawan ku, lepas kawin, aku utk mu n kawan ku. tu yg semedang kena tinggal kan.. tok laki pentingkan kawan.. serious weh, ada kes mcm ni. sbb aku baca ruangan Di Celah Celah Kehidupan dalam Mingguan Malaysia. ok, maybe ada org x tau, sbb derang x baca utusan meloya.. ehhhh.. sempat ko kan

mcm2 kes aku baca. isteri mengandung husbangnya lansung x kesian, kuar rmh mcm org bujang. ada plak yg lansung x bagi nafkah.. bla bla bla.. malas nk cerita panjang. nk tahu beli Mingguan Malaysia. dan pada itu, aku tau, setiap org ada dugaannya. dan siapa la kita nk judgekan.

lelaki yg jahat utk perempuan yang jahat, perempuan yg baik utk lelaki yg baik. seriously kalau ko anggap statement ni adalah muhasabah n peringatan utk diri sendiri, xde hal. tp kalau ko nk guna statement ni utk mem-padan-kan-muka org. itu tidak baik. and i shall say its a daring move for urself dear. sbb apa aku aku cakap mcm tu, sbb ko berani cakap mcm tu kt org, sedangkan ko pun dalam situasi berkahwin. if ko nk padan-muka-ko utk kes lain seperti kenduri kawin ko disaster (at the same time kenduri ko dah lepas), ok xpe kot. sbb ko dah selamat kawin. contoh lain. kereta kena curi, xpe, kecurian kereta xde la besar sangat impak nya pada diri seseorang.. tp bila ko dah mem-padan-muka-ko pasal perkahwinan, cerai berai.. weeeyyy.. giler berani babe.. ko berani kata, yg ko TAKKAN kena cerai ke..

ko pernah dengar, perempuan mengandung kena cerai 
ko pernah dgr semasa mengandung laki ada betina lain
ko pernah dgr, ko beranak sorang2 tanpa suami 
ko pernah dgr kawin berpuluh tahun n ada cucu cicit, kena cerai...


ko jgn anggap aku nk bash ko.. sbb kalau aku nk bash ko, xde la sebaik ini bahasa aku.
anggap je aku beri nasihat. 
terlajak perahu bleh diundur..
terlajak kata, dah jadi doa..
buat nya masa ko cakap tu, langin terbuka. mmg makbul doa ko tu.

the best thing is, x perlu komen rmh tangga org. if org tu nk cerita, dier sendiri tulis kt blog dier, x perlu kot ko nk p tulis n comment on his/her behalf.. apa??? dier xde blog... kalau begitu, maka nya org tu jenis low profile,lantas ko x perlu nk p hebah kan cerita dalam kain pasal si polan.. ngerti..? ke ko jenisan suka bercerita hal dalam kain.. cerita dalam kain ko, canang kt FB, cerita dalam kain org lain, ko canang kt blog?

akhir kata.. rumah tangga ko, sendiri jaga, rumah tangga aku, aku punya suka.

Wednesday, May 02, 2012

Mari muhasabah diri. Mesti baca

i got this from somewhere. lets put our political views aside, take a break, and read this. to me, some of the statements, dush dush dush, right to my face. mari muhasabah diri.


Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0(aku tambah :  x perlu spesifik pada Bersih 3.0.. kita sendiri patut renungkan pada diri sendiri sama ada kita sudah berlaku adil pada diri sendiri atau tidak)

Bismillah....



Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?



Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.


Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang
berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;
maka seperti itulah kalian akan dipimpin."







again, aku kata, aku x mahu ada unsur2 politik di sini. dan x perlu pun comment pasal politic di sini. aku lihat ini sebagai check and balance buat diri aku. dan amat molek jika dikongsikan bersama. 

betul jugak, terkadang, ada juga tertinggal solat. di office walaupun physically, mmg  aku ada kt work station, sempat gak ber FB. sungguhpun aku dah selesai tugasan n punya waktu, lebih baik aku cari kerja yg boleh dibuat atau bantu rakan lain yg tgh bz.. tp aku memilih terusan browsing. terkadang terleka. lepas baca ni, dah rasa mcm, daaaannng kena kt dahi. yg mengharapkan org berlaku adil pada kita, padahal kita tidak berlaku adil pada diri sendiri.

ok dah dah.. aku nk buat kerja.. insaf nih.


Friday, April 27, 2012

Mixer idaman Qolbu

Right now, kalau ditanya apa yg mahu dibeli sangat2, sudah pasti aku menjawab STAND MIXER!!!!
harus noks, nk buat macaron kata nya, harus ada stand mixer. Mampu ke, nk pegang mixer tu setengah jam tanpa henti. no no no.. mak x mampoo ok.. eh apa hal bahasa aku dah macam adik2 ni.. ok switch! 

dan ini adalah mixer idaman qolbu i. warna pink lagi.. jangan marah. Jenama Kitchen Aid.
Makan hati tengok mixer color pink ni! hahaah.. budget if mixer color pink ni, kek sure sedap..
 


all this while, pakai hand mixer je. tp mixer ni dah banyak berjasa dah. dah dekat 10 tahun kot mixer ni.. dah berbalang2 kuih raya dah, benda ni berjasa. tadi nk gugel gambar, dapat this one. tp ni model baru. model mcm aku tu, x terjumpa, org dah x jual kot model tu.
Mixer yg dah banyak berjasa. apasal aku x bleh nk center-kan gambar ni pun x tau.



Oleh yg demikian, hati meronta inginkan stand mixer yg baru. tengah dok survey2 yg mana patut beli dan yang paling penting, murah dan tahan lama!!!! amik... dah la nk yg murah, pastu nk tahan lama. ada ke noks. 

jenama yg selalu kita tgk bila cakap pasal Mixer adalah kenwood. tp rege nya, ya ampun, mahal ok. aku dok usha2, ada satu model ni, KM260, harga nya RM1259. I guess this is the cheapest kot. sbb yg lagi mahal, adalah  beribu riban.
serious mixer ni nampak kukuh! rasa nya berpuluh tahun boleh berkhidmat                                   



 

Rasa nya dalam banyak2 Mixer, yg paling stylo skali adalah Kitchen Ai. Giler stylo cz ada banyak warna merah, biru, hijau, oren, PINK! brown bla bla bla, and the list goes on.. and of course, stylo stuff doesn't comes cheap!Macam kt dalam gambar ni, if x silap dalam RM2399. if beli direct dari US, rasa nya lagi murah kot.



ok, if uols nk browse more on mixer, bleh pergi all99.com. ini link nya. bleh la cuci mata tgk n survey harga. lepas tu menabung dalam tabung ayam.

oh satu lagi, hari tu ada gak dok gugel gugel pasal kitchen aid ni. kt forum lowyat derang jual murah.. murah kot. sbb aku mmg x survey model segala. tp harga nya dalam RM1899 and above. yg lagi best, ada pelbagai warna yg boleh dipilih.. best kan.. harus berseri dapur uols.

sambil taip entry ni, air liur meleleh. drooling sangat tgk stand mixer ni semua. tp apa kan daya, mak bukan berharta nk spend ribu riban. ada anak kecil, maka sila berjimat. tp hati meronta inginkan stand mixer telah membawa saya kepada penemuan paling best abad ini.

stand mixer yg berharga bawah RM1000. yes! u read it right. bawah RM1000 uols. bleh beli kt CKE holding. boleh semak spesifikasi di link ini. aku dah call dah CKE ni. utk model mcm bawah ni, harga nya RM 780 dan boleh memuatkan 6-7 liter mcm tu.. aaaa hati meronta2 mahu ini.



dari segi rupa, mmg x boleh celen Kenwood dan Kitchen Aid la kan. But it serves the same purpose. lagi pun, nk habaq mai, mixer ni jatuh dalam kategori industrial mixer. Bila dah namanya industrial mixer, harus tahan lasak noks. berbaloi2 ok.

sapa2 yg nk terjebak dalam arena bake-mem-bake ni, tp modal x banyak mcm i, sila beli ni. siapa ada duit lebih, x salah beli yg cantik.


akhir kata, i kena buat kek banyak2 utk dijual, baru bleh beli mixer ni.. aaamiinnn...
ok, siapa nk order kek, angkat kaki..

Wednesday, April 25, 2012

kenapa aku susah2 masuk baking class

hello peeps.. yes, i did attend another baking class last Sunday. this time around, i learned how to bake Italian Rainbow Cake, Lapis Cheezy and Tutty Fruity Cream. yummy.. and i have another class this coming Sunday.. Pheeww that will make 3 classes in 3 Sundays in a row!!!

giler kan. kenapa susah2 masuk kelas. oooh sebenarnya, x susah pun.. sbb mak sooka. eh, tp ada part yg susah, iaitu, part mengeluarkan duit yuran. and mind u, these class xmurah ye. but being cheapskate me, i attend class yg ada promotion. hahaha.. hari tu, nk jadi rejeki, this home-baker buat promotion. 50% off for each classes. rugi x pergi wooo..

i love baking.. eh x, sebenar nya aku suka makan kek dan makanan yang yg mempunyai rupa paras yg cantik!
tp teman idok la pandai buat kek pun, and that is the reason i need to attend these classes. if aku terror, x susah2 masuk kelas.

org kata, ko gugel je nyah resipi kt tenet, berderet kuar senarai resipi. fyi, i'm not a baker and i don't consider myself as a baker. i just don't have the talent to bake. tp aku bleh ikut resipi satu per satu.. hahaha.. mcm ni semua org pun boleh buat kan.. ya, that's explain why i don't consider myself as a baker.. eh, dah melalut meraban plak aku ni.

mmg bleh gugel resipi kt memana web site pun. tp bila step nya mention, pukul telur sampai kembang. seriously, i have no idea how 'kembang' is 'kembang'. and not to mention that baking a cake, u have to be precise. over beat or under beat will cause ur cake to 'bantat'. sebut betul2,kang bunyi mencarut plak.. hahahah..

itu yg guna bahasa melayu. sat lagi dier sebut. 'bake ur cake using ban marie method". allah.. apa plak tu. dah kena gugel plak apa maksud method tu.. done.. ooo rupa nya masukkan loyang dalam pan yg ada air an bakar. tp persoalannya, brapa banyak air yg perlu diletakkan dalam pan.. kan dah confuse itu. lagi pun dalam Islam, mmg disarankan utk belajar dgn berguru..

satu lagi, aku mmg x daya nk try n error bila buat kek. satu, sebab kos.. membazir weh buat kek kalau x jadi. siapa nk makan, itu pun kalau kek tum rupa nya x cantik, tp still ada rasa ok la.. lagi pun anak aku kecik lagi, kalau x, ke mulut Syakir Zarfan la jawab nya.. jadi tester utk mommy.. hehhe sian anak aku..

last but not least, aku percaya, nk ilmu, mmg kena keluar modal sikit.. sebab dah amik masa cikgu tu, bahan2 yg digunakan plus aku bleh bawak balik sample cake kan, guna air api dier lagi. satu lagi, if ko bayar utk ilmu tu, maka, kamoo akan appreciate knowledge tu kan.

ok, mari layan gambar italian rainbow cake ni. sila abaikan ke-comot-an alas kek. kualiti gambar adalah kureng, sbb amik gambar guna handphone balingdindingretak..

Friday, April 20, 2012

Mendambakan Figura seperti Angel Victoria Secret

memain koooo.. takut x tgk tajuk. al-kisahnya, my frends n i, nk meet up la. sempena dak syikin dah nk kawin x lama lagi. and kebetulan dutte nk belanja makan n karoks. huhu.. harus aku cecepat gugel lagi Move Like Jagger by Maroon 5.. nk praktis kata kan.. hahaha, pilih lagu x nk kalah.. harus.. depa semua nyanyi lagu omputih, Set Fire to The Rain (Adele), Rain (Bruno Mars), Love U Like A Love Song.. mesti la mak xnk kalah kan. walaupun hati meronta nk nyanyi lagu Bosanove (Wan), Kasih (Hetty Koes Endang), Kopi Dangdut (x tau sapa penyanyi lagi ini).. gile old skoll kan lagi pilihan lagu.

ok, sudah melalut. mari ke tajuk asal. maka nya aku pun gugel la lagu MLJ kt youtube dan aku sampai ke video ini.. Maroon 5 performed kt Victoria Secret punya show ko.. curlassss.. with all the models, long legs, bra, spender berkaler2.. fuuhh.. bila tgk model tu semua, biasala kan, pasang impian, nk body mengiurkan.. hahaha.. ayat x tahan..


terus aku berkobar2 nk kurus kan badan.. biar la semenggah sikit di mata suami kan..kang dier x selera, cari lain, meroyan aku.. hahah.. seriously,  bila tgk video ni semangat nk kurus berkobar2.. nk nk plak bila tgk kt minit 3:30 tu.. skali Angel tu shake her thing, bergema dewan noks.. uols mampo jiggles mcm tu dgncantik nya. aku x mampu nk goyang mcm tu tanpa anggota lain seperti peha, punggung, lengan, perut, eh semua bahagian badan la, ber- jiggly wobbly.. eh korang x payah bayangkan, aku cakap je.. kang bayangkan, mau x ngigau x tido malam.

p/s : part adam tetiba memberi ciuman tanpa diduga pada anna adalah suwitt.. to bad they broke up   :(

Wednesday, April 18, 2012

Philips Avent : Blender & Steamer Combined

Hai.. asyik cite pasal mommy Z yg tgh gile bake, meh cite pasal baby Z plak. oh ya. Baby Z dah masuk 6 bulan .. wwweeeeeee.. serious rasa pantas je masa berlalu.

bila baby Z dah 6 bulan, maka blehla introduce pada solid food. oh, actually baby Z dah start makan masa usia 5 bulan 2 minggu. baby sitter dier bagi. opppss.. aaa x kisah la kot. 2 weeks doesn't make much different kot. sementelah, baby Z ngam2 40 minggu dalam perut. membesar dalam perut. maka bila dier lahir kalau dibanding ngn baby la, he dah 2 minggu.. eh paham x, apa yg aku merepek ni..

ok la, anyhow, nk cerita pasal food preparation utk baby Z. so semalam, mommy Z suruh daddy Z cepat2 g beli food processor. dah 2 3 minggu gak aku dok zikir2 kt telinga daddy Z pasal ke-osem-an product ni. mmg tgk, benda alah, kira nya jatuh cinta pandang pertama.. hahah

ada dia.. ini dia. Philips Avent : Blender & Steamer Combined.

since x boleh nk campur aduk penggunaan blender dapur yg mesin cili, bawang bagai tu, maka, mmg kena dapat kan satu blender baru. maka, ini hasil nya.. tadaaaa...

gambar ni aku gugel je, malas nk amik gambar yg kt dalam kotak tu. nampak mcm biasa kan? tp sebenarnya, benda ni magik. bukan setakat bleh blend makan je. bleh steam skali.. aaa best tak..


tp ada lagi perkara yg membuatkan food processor ni menjadi idaman qolbu mommy Z. sebab, bleh steam n blend guna satu bekas je.


menggunakan konsep steam, flip, blend. semua guna satu bekas. ce tgk kt bawah.meh nk terang sikit.first masukkan bahan yg nk diberi makan pada baby. lepas tu steam mengikut masa yg disarankan. lepas sudah siap steam, flip blander tu up side down and blend. x yah nk guna bekas berlainan.. lepas blend, siap! ok.. if for baby, the texture of the food should be very fine, maka bleh lenyek kt tapis. otherwise, its ready to eat after blend.

oh ya, this food processor doesn't have timer, therefore u have to set ur stop watch.. so sad.. hahah.. dah senang nk senang lagi ye kamoo.. dasar pemalas.

bukan itu sahaja. pembelian food processor ni comes with recipe book.. yeaayyy *chicken dance*. if x sempat nk google resepi, selak2 je buku ni.. mudah kan..?


abaikan gambar yg malap sbb yg ini aku amik guna camera phone.. citt.. lampu kt rmh pun masa tu samar2..

so brapa henget benda alah ni. normal price is rm 459. tp sekarang kt SOGO ada sale ko..
aaaa mak mak yg tengah baca ni, sure excited dgr sale, silap2 hangpa p shopping barang sendiri dari barang anak. *sambil tgk diri sendiri* kt SOGO ada diskaun , maka jadi nya RM 350.. yeaaay again.. cepat2 p beli. rasa promosi sehingga hujung bulan ini.

pada yg duduk area luar KL. jgn risau.. dunia ini tidak kejam. td aku ada gugel gak. so uols bleh beli online kt Happy Baby. sbb sekarang, Happy Baby ada promosi gak. harga nya dalam RM367. bleh tgk di sini.

aku rasa ok la utk invest kt blender. after all mmg bleh guna lama. semetelah pada ibu2 yg bekerja. x larat kot nk bagun 5 pagi semata2 nk siap kan makanan bayi anda. and pada anda yg prefer fresh food rather than frozen, this is ur solution!

Thursday, April 12, 2012

Addicted to Macaron

sekarang sangat addicted dgn makan maracon. duluuuu, bila macarom mula2 masuk m'sia, hati sangatlah mengelitat nk makan macaron nih.. beriya ajak en Hugo p beli. memula dulu cari kt Whisk kt Empire tu. disebabkan ia sangat comel maka beli 6 biji terus. amik ko. tp bila makan, errkk.. xde sedap sangat.. at least pada tekak aku

tp nk jadi positif dan berlaku adil pada macaron, maka aku assume, cuma kt kedai tu je yg xsedap. then, kali kedua try macaron, beli kt ikano, kot. x igt la tempat dier. pun sama, x berkenan pada tekak aku. dalam hati sudah berikrar, tidak mahu makan macaron lagi. dah la mahal. to me RM3.90 per piece n x sedap, adalah mahal. kalau sedap, aku x kisah nk bayar.

sampai la satu hari makan macaron dari my baking instructor. seriousss sedap giler. macaron italian method katanya.. sangat sedap. yg selalu kita beli tu, KEBANYAKKANNYA adalah French method, maka kurang sedap. tup tup tup.. disebabkan kesedapnya, aku terus enroll kelas macaron. ahhahaha extreme x?

kos nk buat macaron, xde la mahal mencekik darah. maka, apa yg buat kan mak cik cinonet ni MAHAL! kalau korang nk tau kenapa mahal, ini adalah kerana, cara pembuatan macaron adalah sangat leceh!

meh i share sikit mcm mana nk buat macaron

ni putih telur. nk digunakan sebanyak 300 ml, lebih kurang 15 biji telur. tp putih telur ni kena peram dalam peti sejuk selama 2 3 hari. mengada bukan?

putih telur dipukul selama 30 minit tanpa henti. kalau yg guna hand mixer, mampu nk pukul 30 min tanpa henti? hahahha.. ok siapa nk sponsor stand mixer utk i..?

gambar kt atas ni adalah macaron shells yg telah siap dibakar. masa pembakaran nya hanya 6 minit.. bunyi sangat mudah kan? tp sebelum dibakar, macaron shells perlu dikeringkan di dalam bilik yg ada air-con selama 1 jam 45 minit.. aaaa nangis x..?
kalau rmh xde air-con, jgn risau... biarkan sahaja di suhu bilik selama 3-4 jam! *mati la*

ini adalah macaron yg saya bawa pulang selepas taman kelas. kenapa susunan macaron lompong, kurang satu.. hahah jgn ditanya sbb satu biji itu telah selamat masuk mulut aku.. haha

amacam, cerewet x cara pembuatan macaron ini. itu sebab harga nya mahal. ok sekarang aku nk jual macaron, sebiji rm100.. siapa mahu?? hahahah acah mak enon.

aku belum try lagi buat macaron ni, insya Allah, one fine day, i will try. siapa nk order, tungguuuuu ... eh sempat ko promo ye.. ehhehe

p/s : macaron yg aku bawa balik, aku sorang yg melantak.. lepas satu, satu aku ngappp... x bleh jadi ni.. mmg kena buat jugak2

Tuesday, April 10, 2012

Adegan yg tidak mahu kita lihat atau dengat di kedai jahit

Semalam, hantar baju bridesmaid utk dijahit.. aaa hot x mak, dah kawin anak satu, badan penuh spare tyre, still ada request utk jd BM.. curlasss kan..

curlass la sangat, dgn muffin top segala. seriously, i still have another 6-stuborn-kilos to shed off. susah hokay.. jenuh i usaha.hahah.. usaha nan ado.. just berharap dgn bf baby, konon boleh kurus la. well it doesn't work for me.

lucky me the tailor still accept my kain. the tailor agreed to finish my baju within 2 weeks time. pheeewww.. my bff wedding bulan depan, tp aku ada hati nk DIY jahit manik kt baju.. fefeeling jahit manik kt baju nikah dulu. tp idok le teman jahit lebat lagu ini. kang over shadow perentin plak.. keji.. my time is over, katanya..

so, since dah kawin ni, and baru je lepas beranak (6 bulan tu kira baru ke??), maka.. badan ni, mmg la kembang sana sini.. and blame it to czer, nan ado mak berbengkung masa pantang. and that explain why i have extra pouch in the belly.. booohooo.. t

makanya, time amik measurement tu, ada plak unwanted comment dari tailor ni.. oh ya, this is the same tailor that sew my baju nikah. and she recognized me and my baju nikah. sharp memories. good!

tau apa komen nya masa dok amik ukuran tu..

"ooo dah lain sikit. dulu kuruss"
duuuhhhhh... nasib she x mention perkataan gomoks

''aaaa pinggang ni pun dah besar dah"
dannngggg.. obviously. takkan aku gomoks, pinggang still 24 inci lagi kan.. bahaha 24 inci tu, itu ukuran masa form5 eh?

"emmm.. t3t3k dh jatuh.."
ok.. now dah berpanar dah aku. nasib aku bleh berdiri lagi.. kalau, x.. bukan takat t3t3k yg jatuh dgn aku, aku skali yg jatuh terduduk.. hello.. i'm bf-ing my son, ok..

ooppss.. ada sesiapa yg masih menyusukan anak lagi tp yg 2 little twins look like Cik Ta's vavavooom tatas.. please share with me ya.. *mode desprate, sambil selak slimming center's packages*

i mak hayam ni dalam dilema. nk berdiet bagai, nnt milk production drop.
nk menyapu segala manggah cream utk bagi mantop, takut plak nnt susu tercemar *got such thing eh?*

but i guess these are sacrifices that moms need to make in order to give the best to their babies.. esok anak dah besar sikit, baru bleh la kot nk diet, exercise bagai.. ye la, by the time anak dah putus susu and nk start selim melim, baby no 2 datang.. teng teng teng.. heheh rejeki nama nya tu..

Friday, March 30, 2012

Bake Bake Bake

Salam.. Fuuuhh what a week it is. I'm getting more work in the office these days.. Yaaayyy!!! Its been quite a while i've goyang-kaki-xde-kerja. seriously, its freaking bored. One or two days without any task is damn syiokk, but when it gets weeks, then, i started to mati kutu. Makan gaji butakah.. hahaha...

remember this entry, where i attended baking class. so i decided to give it a try since, it was semi hands-on class. This time around(last 2 weeks) i wanted to bake the whole cake from scratch. Saturday i baked caramel rainbow cake and Sunday, Red velvet. Do want to u know something, i failed BIG time in baking both cakes.

For caramel rainbow cake, i failed before i could get the batter into the oven!!! *tears*

and my Red Velvet is another story, my cake jadi x cantik. rasa kek tu, bole tahan la.. tp rupa x cantik. *sad*.

Mom and husband told me not to give up. its ok to fail at the first attempt. so last week (Monday), i was so determine to bake RV. and it turned up good (i think). and on the next day, husband brought some to office and his frens like it soo much.. *yaay!!!*

later i got this idea of selling RV at hubby's work place, and i started to draft email. Husband forward to his team mates, and within half and hour, he received order of 30 pieces.. *bravo husband*

and by the end of the day, total of 50 pieces of RV ordered. alhamdulillah...

so there u go.. i spend my Sunday baking RV's. baked extra, just in case.

alhamdulillah RV received an overwhelm feedback and hubby request me to bake on Monday and Tuesday. Syukur inilah yang dinamakan rezeki anak. kira balik modal yuran kelas.. hehehhe..




me in action, swirling cream cheese on the RV. Please ignore my gomoks dampok lengan.. hahaha.. i still have the 6 kg to shed off. *sedih okay*


ya, i know its not perfect swirl, need more practice on this..

so basically, yeah, that's the reason for the not-so-long post... hahaha.. punya la tulis karangan berjala kan.. padahal nk bagi tau sebab apa x tulis any entry.. bahahaha..

makanya, jika ada sesiapa nk order RV, bleh contact i ye. 'thezaila reader' will definitely enjoys special price! *eh, sempat ko promosi yg zaila.. hampeh*

Wednesday, March 21, 2012

Syakir Z wants to say Hi

"Hi semua.. Syakir Z dh lima bulan 6 hari dh.. Weeee..."

Budak bam bam ni dh besar dh.. Sekarang dpt perangai baru... Asal nk tido je mengamuk.. Apa kena ntah..

Mata, hidung dh merah2 (tanda2 baby Z dh ngantuk) tp masih nk melawan mata.. Bila baringkan, xmo, dok nk mengangkat kepala.. Bila agah, ketawa berdekah... Eh, budak ini.. Mommu suruh tido la sayang, bukab ajak main... Ish ishhh...

Tuesday, March 13, 2012

Takde kerja, moh ke baking class

xde keje cari keje. ni la namanya.. last saturday, aku pergi ke baking class. huhu nasib la bleh tinggalkan babyZ dengan mama. so mommy Z bleh pergi kelas dgn gembira nya. hey i need my Me-Time. me, myself and zaila.. ahahaha

so kelas kali ni belajar Rainbow Caramel Cake and Red Velvet. Weeeeee.. memula nk belajar RV ngn mak yong Hana.. tp sbb sarat, lepas pantang kata nya.. so meantime kita p kelas lain dulu..ni meringue .. lama giler ok nk pukul putih telur sampai nk dapat gebu gebi mcm ni.. since i only have hand mixer.. mmg berjawit la aku pukul putih telur sampai nk gebu mcm ni..


seperti biasa.. aksi pukul memukul adunan.


aksi me-layer kan cake.. dah mcm aiskrim paddle pop dah gaya nya.
seronok p kelas ni. cikgu pun ok, x kedekut ilmu. dah jumpa kawan2 baru. =)

sementara tunggu kek tgh bakar.. sembang2.. gebang2..

tinggg!!!

oven berbunyi.

kek dah siap dah ooooii..

angkat kek.. tunggu sejuk sikit..

decorate sikit..

taraaaa!!!!!

Rainbow Caramel Cake



Red Velvet yawww..

all in all, the class is worth to attend to. and the cakes are yummmeeehhhhh!!
serious x tipu...

mission utk weekend ni, adalah utk mempraktikan ilmu yg dipelajari. if jadi, entry next week ada gambar.. if senap sunyi je.. nan ado la tu.. hahaha

sebarang rasa ke-ter-liur-an, penulis tidak akan bertanggungjawab..

Friday, March 09, 2012

Update @ babyfair expo @ mid valley

Bleh tahan ramai org.. Walaupun hari ni hari jumaat..

Update from husband, banyak gak barang nya.. N yg best mamy poko dyper adalah sangat murah . Beli satu rm 39, if beli 2 maka harga nta rm 66.. harus borong.. And as usual please expect verrryyyy llooooooonnngggg Q...

Aku ada perfume baru noks..


Selamat Pengantin Tak Berapa nk Baru Are!!

Huhuhu.. giler lambat aku nk upload gambar ni. padahal pengantin dah kawin last Dec. aaa amikk ko.. Mak cik ni pun dah membuyong dah.. Tahniah sekali lagi are.

Entry ni dah nk tulis lama dah. tp sebab gambar nya xde.. jadi mcm malas. benda yg aku nk cerita ni, kejadian nya berlaku masa kenduri kawin are. Hari tu OP dier dok snap gambar kitorg (aku, lin, maya,dR) bebanyak. so igt nk tunggu OP upload gambar kitorg kt fb, tp nan ado.. hahha.. harus la derang upload gamber perantin kan..

anyhow. ni cerita nya.. mak ada perfume baru uolss.. jangan jeles... ehhh..? tetiba..

and here the story goes.

me : Lin, Maya.. skang ni aku ada perfume baru.. lain dari lain lain okey bau dier.. *cesss itu pun nk berlagak*

Lin : ye ke? perfume apa?

me : haah.. Le 'Amor De La Muntah..

Lin pause for a second..

Lin : hohooho.. ahahahha.. haah ko.. aku pun ada gak perfume tu..

Maya Blur

me : aaa.. ko pun ada ye.. brapa lama ko pakai?

Lin : lama la gak.. ada la, dalam 2 tahun.

me n Lin giggled (ewah.. mcm budget gadis gegedik je bila aku tulis 'giggle' eeuuuwww).. Maya still blur lagi.. tp sbb xnk ketinggalan dalam converssation, dier pun tanya.

Maya : Wangi sangat ke weh.. apasal aku tak tahu..

Me : wangi la seposeng.

Maya : Korang beli kt mana?

laaaaa.. Maya ni x dapat tangkap lagi ke

Lin : sendiri buat Maya

blur lagi minah ni..

Me : ko nk ke Maya, perfume tu..

Maya : aku x pernah dengar la..

aku ngn lin bantai gelak lagi.. hahahahaha...

last last sbb kesian giler dengan ke-inesen-nan Maya tu, kami pun explained.

Me : Maya De 'Amor De La Muntah tu, bau munt*h anak ko la.. aku ni Syakir dok selalu muntah, sampai baju pun bau muntah n bau susu....

Maya : Laaaa.. ye ke.. aku igt kan betul2 la ada perfume tu.. and mungkin la dalam bahasa Perancis, wujud perkataan 'Munt*h' tu..

haiii laaaaa maya.. straight sangat kamoo ni.. hehhe.. tp tetap cute.. =)


Nowadays, Baby Z still ada muntah2 sikit.. kekadang habis kena baju.. Kena baju Baby Z n kena baju Mommy Z. bila anak tukar baju, mak pn tukar baju. sudah nya, bila jemur kain, rmh tu dah mcm 10 org yg duduk kt situ.. huhuhu.